Oktober 02, 2007

PROGRAM 2008

  1. Bengkel Pemantapan Penulisan Sastera Sejarah
  2. Bengkel Deklamasi Puisi
  3. Bengkel Penulisan Biografi
  4. Bengkel Penulisan Berita dan Rencana

PENERBITAN BULETIN WADAH

Ahli 3P diminta menghantar karya dalam pelbagai genre untuk Buletin Wadah.
Cadangan diterbitkan pada bulan Disember 2007.

PENGUMPULAN PUISI

Pengumpulan puisi khusus untuk penerbitan karya ahli 3P sempena 50 tahun kemerdekaan dengan ketetapan minimum 5 buah puisi setiap ahli bertemakan patriotisme kemerdekaan.

Puisi ini akan dibukukan.
Sila hantar karya sebelum 30 November 2007 kepada Ketua I atau Setiausaha II di PPANPs.

AKTIVITI

Khemah Kerja Penulisan Kreatif Remaja
7 Hingga 9 Disember 2007
Bertempat di Langkawi
Sasaran
  • Ahli-ahli Persatuan Penulis Perlis
  • Pelajar Sekolah

Objektif

  • Membina minat menulis kepada ahli persatuan
  • Menggalakkan penulis lama dan baru menulis
  • Memberi pendedahan teknik penghasilan karya kreatif kepada peserta

KURSUS

Kursus Penulisan Kreatif/ Rencana/ Sejarah/ Berita Berkaitan Aset Pelancongan Peringkat Negeri Perlis
16 Hingga 18 November 2007
Bertempat di Hotel Brasmana
Objektif
  • Melahirkan penulis-penulis dari Negeri Perlis yang berminat dalam bidang penulisan ini dan mampu mengungkap tema dan persoalan pelancongan sebagai bahan berkarya.
  • Menghasilkan maklumat-maklumat berhubung dengan tempat-tempat pelancongan dalam bentuk rencana, atau sejarah serta gambaran ilusi terhadap peluang-peluang pelancongan yang ada.
  • Memperbanyakkan bahan-bahan dokumentasi dari berbagai persepsi terhadap aset-aset pelancongan yang wujud di Negeri Perlis ini.

JAMUAN HARI RAYA

Jamuan Hari Raya Untuk Keluarga 3P akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2007
Tempat : Perkarangan PPANPs