Oktober 02, 2007

PROGRAM 2008

  1. Bengkel Pemantapan Penulisan Sastera Sejarah
  2. Bengkel Deklamasi Puisi
  3. Bengkel Penulisan Biografi
  4. Bengkel Penulisan Berita dan Rencana

PENERBITAN BULETIN WADAH

Ahli 3P diminta menghantar karya dalam pelbagai genre untuk Buletin Wadah.
Cadangan diterbitkan pada bulan Disember 2007.

PENGUMPULAN PUISI

Pengumpulan puisi khusus untuk penerbitan karya ahli 3P sempena 50 tahun kemerdekaan dengan ketetapan minimum 5 buah puisi setiap ahli bertemakan patriotisme kemerdekaan.

Puisi ini akan dibukukan.
Sila hantar karya sebelum 30 November 2007 kepada Ketua I atau Setiausaha II di PPANPs.