September 26, 2007

Pengenalan 3P

Nama Persatuan

  • Persatuan ini diberi nama Persatuan Penulis Perlis atau dikenali juga sebagai "3P"

Tujuan Penubuhan

  • Membantu golongan penulis dan peminatnya apabila menghadapi masalah.

  • Berusaha mengumpulkan penulis-penulis dan peminat-peminatnya dan memberi pertolongan dalam bidang penulisan antara sesama anggotanya dari semasa ke semasa.

  • Berusaha mengumpulkan wang untuk memartabatkan dan menyebarluaskan hasil-hasil sastera, kebudayaan, kesenian, ekonomi, sosial, sejarah, olahraga dan pembangunan masyarakat seumpamanya serta menghasilkan penulisan-penulisan mengenainya.

  • Berusaha mengadakan majlis-majlis ceramah, diskusi, seminar, kursus, bengkel, simposium untuk membincangkan segala hal berkaitan dunia penulisan.

  • Berusaha untuk mengadakan peraduan-peraduan mengarang cerpen, sajak, pantun, syair, drama, novel, cerita dan bahas untuk menggalakkan dan memperkembangkan bakat-bakat dalam genre tersebut.

  • Berusaha mengadakan perhubungan dengan penulis-penulis atau badan-badan penulis dalam dan luar negara.

  • Berusaha untuk mengeluarkan majalah-majalah, risalah-risalah, cenderamata, buku-buku, antologi-antologi dalam rangka memperkembangkan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan.

  • Mewakili ahli dalam mana-mana persatuan atau badan yang ada hubungan dengan bidang penulisan.

Tiada ulasan: