September 28, 2007

KEAHLIAN

Keahlian 3P mempunyai dua jenis keahlian :

i) Ahli Biasa :
Terbuka kepana penulis-penulis dan peminat-peminat berumur 16 tahun ke atas dan tinggal dalam negeri Perlis. Bagi ahli-ahli yang berumur 16 tahun hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada waris terlebih dahulu.

ii) Ahli Bersekutu :
Terbuka kepada tokoh-tokoh budaya dan juga orang-orang yang bersimpati dengan (3P). Ahli-ahli ini tidak mempunyai kuasa mengundi dan diundi.

Cara-cara menjadi ahli :

i) Permintaaan menjadi ahli biasa dan bersekutu hendaklah dibuat dalam satu borang khas dan permintaan ini hendaklah disertakan dengan hasil karya seperti puisi, cerpen, rencana , drama dan sebagainya untuk melayakkan diri dipertimbangkan sebagai ahli.

ii) Permintaan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli jawatankuasa.

iii) Semua permintaan menjadi ahli hendaklah di hantar kepada setiusaha kehormat atau ahli jawatankuasa (3P).

iv) Jawatankuasa (3P) boleh menolak permintaan ahli tanpa menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.

v) Ahli-ahli yang telah diterima menjadi ahli dan setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama maka berhaklah dia sebagai ahli.



Pemberhentian dan pemecatan.

i) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli (3P) hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepda Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

ii) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang (3P) atau bertindak dalam cara yang akan mencemar nama baik (3P) boleh lah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa memecat atau ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatal keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.

Tiada ulasan: