September 29, 2007

Yuran

Bayaran masuk, Yuran-yuran dan Lain-lain Bayaran

i) Bayaran masuk untuk menjadi ahli biasa ialah sebanyak RM 2.00 ( Dua Ringgit Sahaja) dan yuran RM0.50 sebulan.

ii) Bayaran Masuk untuk menjadi ahli bersekutu ialah sebanyak Rm 5.00 ( Lima Ringgit Sahaja) tanpa yuran yuran bulanannya.

iii) Sekiranya seseorang ahli biasa ingin membayar yuran setahun terlebih dahulu akan juga diterima iaitu sebanyak RM6.00 ( Enam Ringgit Sahaja).

iv) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 3 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

v) Ahli yang membiarkan hutang yurannya selepas Jun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli (3P) dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

vi) Jawantankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

vii) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan sengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

Tiada ulasan: